
Akmal akan terus mengaum sebagai Ketua Pemuda UMNO…
Tandatanya besar yang berlegar tentang kedudukan Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh sudah terjawab.
Beliau beri jawapan itu secara terbuka depan perwakilan Perhimpunan Pemuda UMNO di WTC,Kuala Lumpur tengahari Khamis.
Seperti yang ramai duga…beliau umum kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Selain itu beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau Melaka.
Namun Akmal umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Sebagai Exco di negeri itu beliau kini pegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keselamatan Makanan.
Dalam ucapan yang panjang di perhimpunan itu Akmal juga umum Pemuda UMNO akan terus menerajui usaha penyatuan Melayu.
Katanya usaha ini melibatkan usaha penyatuan dengan UMNO-PAS serta lain-lain parti politik,NGO serta individu berkaitan.
Untuk penyatuan dalaman UMNO sendiri beliau meminta kepimimpian parti buka pintu semula kepada mereka yang dipecat dan digantung.
Hadir sama di majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang telah dipecat dari UMNO.
Katanya semua orang kena tolak sebelah ego dan luka lama dalam usaha penyatuan ini kerana ia merupakan agenda lebih penting.
Akmal berpendapat jika UMNO boleh berbaik dengan musuh tradisi DAP dalam kerajaan Perpaduan wajar sekali ia menjalan usaha demi kekuatan Melayu di negara ini. – 15/1/2025



