Dua kanak kanak nampak kelibat Zayn petang 5 Disember

Dua kanak kanak nampak kelibat Zayn petang 5 Disember
Dua orang kanak kanak mendakwa mereka melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya pada petang 5 Disember lalu.
Hal ini diberitahu oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada Khamis.
Katanya dua saksi kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu.
“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R.
“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya.
Pada 7 Disember lalu mayat Zayn Rayyan ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai dan disahkan dibunuh.- 14/12/2023