
FOKUS
Pemlihan UMNO ditangguh hingga selepas PRU 16…
Sesiapa yang sudah set nak masuk gelanggang rebut jawatan pada pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung tahun ini boleh relaks dulu.
Ini kerana sudah rasmi pemilihan jawatan UMNO telah ditangguhkan dan hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri sahkan kepada wartawan ketika ditemui pada satu majlis di WTC Kuala Lumpur petang Jumaat.
Katanya perlembagaan UMNO membolehkan pemilihan ditangguhkan 18 bulan dari daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya (umum)… mana-mana yang dulu.
“Kita tunggu selepas pilihan raya okay… kita ada tempoh 18 bulan,”katanya.- 16/1/2026



