YANG VIRAL

Agus ex-JKOM bagi keterangan polis…

KAJANG – Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yakni bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang jadi tumpuan ramai gara gara tersebar video isu rakaman perbualan lucah antara dua lelaki tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang Khamis.

Beliau berada di situ kira kira jam jam untuk beri keterangan kepada polis.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.

Mohammad Agus diiringi peguamnya, Zaflee Pakwanteh tiba di IPD Kajang kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Bagaimanapun Mohammad Agus yang menaiki Toyota Estima berwarna putih kelihatan bergegas keluar dari IPD Kajang kira-kira pukul 1.15 petang.

Beliau juga tidak menghentikan kenderaan yang dinaiki bersama peguamnya itu dan enggan menemui petugas media yang menunggunya sejak pukul 11 pagi.- 14/12/2023

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button