
Akmal kemas barang di pejabat Exco Melaka….hari akhir saya
Kata dikota…Datuk Dr Akmal Saleh yang berpakaian santai pada pagi Isnin sibuk kemas barang di pejabat Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Ini ekoran pengumuman beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2025 minggu lalu hendak letak jawatan sebagai Exco.
Beliau memegang portfolio Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Akmal bagaimanapun kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau dan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Dr Akmal melepaskan jawatan itu sebagai menyahut desakan pemimpin DAP yang sebelum ini menuntutnya mengambil pendirian sedemikian, susulan gesaan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.
Semasa membuat pengumuman itu di Perhimpunan Agung UMNObeliau kata “bagi saya, jawatan dalam kerajaan tidak penting, tapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi ini.
“Saya mohon maaf. Saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai Exco (kerajaan negeri) berkuat kuasa minggu depan. Tapi kalau ada orang cakap dengan saya, saya lari daripada perjuangan (Pemuda UMNO), tidak sama sekali saya tinggalkan Pemuda UMNO.
Menerusi laman facebooknya hari ini beliau tulis,“hari yang terakhir saya di pejabat Exco kerajaan negeri Melaka, moga kita bertemu lagi.
“Jawatan dan pangkat hanyalah sementara, tetapi maruah dan prinsip kekal selamanya.” – 19/1/2026



