FOKUS

YDP Agong kecewa kes rasuah ATM…minta SPRM buru di Jabatan Kastam,Imigresen,Polis dan lain-lain

Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Itu sindiran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa baginda meluahkan rasa kecewa berlakunya kes rasuah, dalam Angkatan Tentera Malaysia, sampai peringkat tertinggi.

Baginda percaya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kes yang ada.

“Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of iceberg. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana sama ada di Jabatan Kastam,Imigresen, polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada dalam dewan ini akan diburu sampai jumpa.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, di Dewan Rakyat, hari ini.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan,” titahnya.- 19/1/026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button