TAHUKAH ANDA

Datuk Jamal jalani rawatan barah paru-paru tahap empat…

Sudah agak lama rasanya tidak dengar khabar berita mengenai Datuk Seri Jamal Md Yunus.

Rupanya Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu kini sedang jalani barah paru-paru tahap empat.

Beliau jalani rawatan itu di Pusat Perubatan Prince Court,Kuala Lumpur.

Anaknya, Amin Daniel Jamal dipetik sebuah portal sebagai memberitahu memberitahu penyakit barah yang dihidapi bapanya sejak dua tahun lalu kini kembali menyerang organ pernafasan.

“Sebelum ini bapa saya dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas dengan lancar.

“Selain itu, bapa saya juga mendapat rawatan dengan mengambil ubat-ubatan dari luar negara, namun penyakit kanser itu kembali semula,” katanya kepada MalaysiaGazette Khamis.

Dalam pada itu, Amin Daniel berkata bapanya sedang berehat di hospital swasta berkenaan dan tidak mahu diganggu sehingga keadaannya stabil.

“Buat masa sekarang berilah ruang dan privasi kepada bapa saya untuk menerima rawatan dan fikirannya agak terganggu kerana penyakit kanser.

“Saya harap orang ramai dan kenalan bapa saya dapat mendoakan kesihatan supaya beliau kembali pulih seperti sedia kala,” katanya lagi.- 14/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button