
Hukuman pemain warisan Malaysia digantung… boleh kembali beraksi
Tujuh pemain kebangsaan yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini boleh kembali beraksi dan meneruskan karier bola sepak mereka.
Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
FAM mengesahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan itu.
Tujuh pemain itu adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
“Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya itu ditangguhkan buat sementara waktu.
“Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat,” menurut FAM.-27/1/2026



