Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Jadikan Ramadan medan bentuk disiplin, kukuh nilai takwa – PM - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Jadikan Ramadan medan bentuk disiplin, kukuh nilai takwa – PM

Jadikan Ramadan medan bentuk disiplin, kukuh nilai takwa – PM

Umat Islam di negara ini diseru memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan sebagai medan pembentukan diri dan pengukuhan nilai ketakwaan, selain memperkukuh disiplin dalam kehidupan seharian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ibadah puasa dan amalan sepanjang Ramadan bukan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata.

“Tuntutan ibadah puasa dan segala amalan lain dalam Ramadan bukan semata-mata memenuhi syarat dan rukun, namun lebih daripada itu adalah mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat ini.

“Puncak kenikmatan disebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini sempena ketibaan bulan Ramadan yang bakal disambut seluruh umat Islam di negara ini, esok.

Anwar turut menegaskan motivasi dalam melaksanakah ibadah pada bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja mengapai cita-cita ukhrawi tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian.

“Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran sepenuhnya kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia dan dirindui umat,” katanya.- 18/2/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *