Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Tun Abdul Hamid tokoh kehakiman negara – PM - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Tun Abdul Hamid tokoh kehakiman negara – PM

Tun Abdul Hamid tokoh kehakiman negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sebagai kehilangan besar kepada negara.

Menurut Anwar, Allahyarham merupakan tokoh kehakiman yang telah menabur khidmat amat besar kepada negara, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang serta memelihara kewibawaan dan integriti institusi.

“Saya menzahirkan ucapan takziah khusus kepada anakanda Allahyarham, Murni Abdul Hamid yang pernah berkhidmat bersama saya di Pejabat Perdana Menteri serta seluruh keluarga besar.

“Saya doakan agar mereka terus dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Anwar berkata, beliau menziarahi jenazah mantan Ketua Hakim Negara itu sebaik menerima berita pemergian Allahyarham tengah hari tadi.

Allahyarham Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perkara itu disahkan anak perempuannya, Murni Abdul Hamid, yang memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 9 Februari lalu sebelum meninggal dunia akibat sakit tua.-20/2/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *