Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Tentera Indonesia sertai pasukan pengaman tajaan Amerika Syarikat di Gaza - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Tentera Indonesia sertai pasukan pengaman tajaan Amerika Syarikat di Gaza

Tentera Indonesia sertai pasukan pengaman tajaan Amerika Syarikat di Gaza

Indonesia dilaporkan akan mengambil peranan sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) tajaan Amerika Syarikat di Gaza yang baru ditubuhkan.

Ketua unit Amerika Syarikat (AS), Mejar Jeneral Jasper Jeffers berkata, Maghribi juga akan menyumbang tentera kepada pasukan berkenaan.

Jeffers berkata, beliau menawarkan dan Indonesia sudah menerima jawatan sebagai timbalan komander bagi ISF.

Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat sulung ‘Lembaga Keamanan’ Presiden AS, Donald Trump yang dihadiri Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Indonesia sebelum ini berkata, ia bersedia untuk menghantar sehingga 8,000 tentera ke Gaza jika pasukan itu disahkan.

Pasukan itu menyasarkan untuk mempunyai 20,000 anggota tentera dan sebuah pasukan polis baharu.

Dalam pada itu, Jeffers turut mengesahkan bahawa Maghribi bersetuju untuk menghantar tentera dalam komitmen pertama oleh sebuah negara Arab, selain Albania, Kazakhstan dan Kosovo.-20/2/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *