FOKUS

Salahgunakuasa : SPRM tahan Exco Kerajaan Negeri Terengganu

Setakat berita ini ditulis petang Ahad nama orangnya belum diketahui lagi.

Namun apa yang pasti ialah seorang yang berjawatan Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah ditahan SPRM.

Exco berkenaan ditahan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya untuk mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Nama dan dari parti politik mana tidak disebut.

​Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid telah sahkan kepada media pasal penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,”

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi pada Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

​”Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2018 dan 2020.

​”Suspek yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di salah sebuah daerah di negeri ini dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai Exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri,” katanya. – 22/2/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button