TAHUKAH ANDA

‘Duit Raya’ RM500 kepada penjawat awam dibayar pada 13 Mac

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan mula dibayar pada 13 Mac depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bantuan itu disalurkan bagi membantu meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, BKK turut disalurkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran RM250.

“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemberian BKK diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu.-24/2/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button