
KWSP bagi dividen 6.15 %…
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion pada tahun 2024.
Ini membolehkan KWSP beri dividen masing-masing 6.15 peratus untuk simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, berkata jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional membabitkan RM67.1 bilion dan RM12.5 billion untuk Simpanan Shariah.
Beliau berkata demikian ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara pada Sabtu.
Menurutnya pengkreditan dividen bagi kedua-dua simpanan berkenaan akan selesai pada Ahad (1 Mac).
Ahli katanya, boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata di Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, pihaknya berbesar hati dengan catatan prestasi yang memberangsangkan itu, meskipun berdepan persekitaran yang tidak menentu berikutan dasar perdagangan yang sukar diramal.- 28/2/2026



