
SPRM minta bantuan kesan bekas pegawai Rafizi
Chai Jin Shern, atau juga dikenali sebagai James Chai, seorang bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli sedang dicari SPRM bagi membantu siasatan satu kes.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini tidak sebut butiran lanjut siasatan.
Alamat terakhirnya di Shah Alam, Selangor
Chai adalah salah seorang daripada beberapa bijak pandai yang dilantik Rafizi bagi membantunya.
Beliau adalah graduan pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford dalam bidang undang-undang dan teknologi, yang juga seorang penulis.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Bin Abd Halim di talian 017-5046503 atau emel kepada mhafidz@sprm.gov.my. – 4/3/2026



