
Tarikh lihat anak bulan Syawal petang Khamis, 19 Mac ini
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, untuk itu jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut melibatkan 29 lokasi.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Syawal yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Lokasi melihat anak bulan Syawal:
Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman
Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak
Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
Pusat Falak Bintulu, Sarawak
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
Menara 188, Kuantan Pahang
Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis



