TAHUKAH ANDA
Pemuda UMNO bersuara isu pilihanraya PBT dan PM bukan Melayu….

- Saya terpanggil beri pandangan berkenaan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan DAP sejak akhir-akhir ini antaranya kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Lim Kit Siang berkaitan impian bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dan terkini Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai pula membuat kenyataan mengusulkan supaya diadakan Pilihanraya bagi PBT, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur sebagai negeri perintis.
- Saya berpandangan kenyataan-kenyataan sebegini amat tidak perlu dan hanya mencetuskan ketidaharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah saya percaya dalam Kerajaan Perpaduan sendiri juga tidak selesa. Ia umpama provokasi sengaja terhadap “status quo” persefahaman diantara kaum yang dikecapi selama ini. Provokasi pendapat ini membuka ruang supaya ada perbincangan dan perbezaan pandangan yang akan melebarkan rasa tidak senang.
- Misalnya jika hendak dilakukan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur, demografi penduduk bedasarkan bancian di Wilayah Kuala Lumpur adalah seramai 1,588,750 orang, daripada jumlah itu hanya 45.9% merupakan penduduk bumiputera. Jika diadakan pilihanraya, semestinya ketidakseimbangan akan wujud dan boleh dijangka apa kesudahannya.
- Selama 6 dekad Malaysia ditadbir, ia bedasarkan konsensus dan kemuafakatan. Disokong dan disenangi oleh majoriti. Kenyataan-kenyataan sebegini seolah ada mesej atau isyarat yang tersirat yang hendak disampaikan. Pimpinan DAP harus lebih sensitif dan menghormati kehormanian sedia ada, bukan membangkitkan rasa tidak senang dan pesimis dalam kalangan masyarakat dan sesama kaum.
- Pemuda UMNO tidak sesekali berkompromi dengan apa jua cadangan dan tindakan seumpama ini. Berada di dalam Kerajaan yang sama tidak bermaksud boleh bersetuju dalam semua perkara kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran UMNO dan segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam,bangsa Melayu dan raja-raja Melayu kami tidak akan sedikit pon berganjak apa lagi mengalah!!
YB Dr Akmal Saleh
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia– 18/12/2023