YANG VIRAL

Anwar panggil semua MB/KM untuk taklimat ekonomi semasa

Semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan pemimpin utama parti politik, akan dipanggil minggu depan untuk mendengar taklimat berhubung kedudukan semasa ekonomi negara,susulan kesan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membincangkan isu ekonomi serta keselamatan negara, selain memastikan penyertaan semua negeri tanpa mengira latar belakang politik, termasuk kerajaan dan pembangkang.

Beliau berkata, hasil taklimat yang disampaikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu nanti akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya.

“Sebab itu saya telah ambil beberapa langkah awal semalam dan kita akan terus adakan mesyuarat melibatkan ekonomi negara dan keselamatan negara dan minggu depan insyaAllah
saya akan panggil, pertamanya semua Menteri Besar dan Premier dan Ketua Menteri untuk memaklumkan supaya penyertaan semua negeri tak kira parti, sama sama kerajaan atau pembangkang
dan saya sedang rencana untuk memanggil semua pemimpin parti, kalau boleh berunding dan mendengar sendiri taklimat,” katanya.

Beliau ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, Malaysia menyokong usaha damai melibatkan Iran susulan konflik di Timur Tengah, sambil menegaskan keperluan penyelesaian yang adil untuk semua pihak.

Menurutnya, perbincangan panjang telah diadakan bersama Presiden Iran, yang turut menyatakan komitmen untuk meneruskan langkah ke arah perdamaian.

Malaysia bagaimanapun berpegang kepada prinsip, bahawa punca keganasan perlu diakui, termasuk serangan awal melibatkan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.

“Jadi biar perdamaian itu kekal dan adil bagi semua, tetapi tempias dan kesan ekonomi itu yang nyata,” katanya.-27/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button