Nurul Izzah sendiri tampil nafi khabar angin konon nak letak jawatan Timbalan Presiden PKR

Bagi penyebar khabar angin ini yang berlegar sejak awal minggu lalu sudah boleh tutup buku main isu ini.

Kalau sebelum ini dua orang kanan PKR telah menolak khabar angin itu…hari ini tuan tubuh sendiri tampil.

Nurul Izzah telah keluarkan kenyataan ringkas pada Selasa mengenai khabar angin yang dakwa kononnya beliau hendak letak jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau terpilih sandang jawatan nombor dua PKR itu pada pemilihan tahun lalu setelah menewaskan Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Saya ingin menjelaskan bahawa dakwaan berhubung peletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden PKR adalah tidak benar.

“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti, serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” kata Nurul Izzah.

Pada Selasa lalu Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menafikan khabar angin berkenaan.

Mereka menyifatkan ia sebagai berita palsu.

Khabar angin itu disebarkan tanpa tanpa menyatakan sebarang sebab musabab pada dakwaan langkah yang serius itu.- 31 /3/2026

Khabar angin berlegar konon Nurul Izzah nak letak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR…

Suhu politik tiba-tiba jadi hangat pada Sabtu bila berlegar khabar angin mengatakan kononnya Nurul Izzah Anwar nak letak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Ramai juga yang terkejut mendengar khabar angin ini kerana kebelakangan ini tidak timbul sebarang isu serius melibatkan kedudukan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Kalau ada pun setakat cakap-cakap politik biasa setelah Nurul Izzah,44 menewaskan Datuk Seri Rafizi Ramli semasa pemilihan untuk sesi 2025-2028.

Dalam pemilihan yang panas itu Nurul Izzah menewaskan Rafizi yang merupakan penyandang jawatan itu selepas memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi.

Isu yang sering dikaitkan dengan Nurul Izzah kebelakangan ini ialah beliau dikatakan menentang pelanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil telah menyifatkan khabar angin itu sebagai ‘berita palsu’.

Orang yang sepatutnya tahu segala hal dalaman parti yakni Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh juga telah menolak khabar angin itu

Beliau dilaporkan berkata “sama sekali tidak benar.” – 28/3/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.