TAHUKAH ANDA

Agong dipersembahan pelaksanaan ONSA 2025

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mempersembahkan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).

Dalam sesi menghadap yang berlangsung di Istana Bukit Tunku hari ini, taklimat tersebut bertujuan menjadikan internet lebih selamat khususnya bagi keluarga dan kanak-kanak.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).”

“ONSA 2025 dipersembahkan oleh Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada sesi mengadap bersama Seri Paduka di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan Facebook milik baginda, hari ini.

Sementara itu Fahmi memaklumkan ONSA 2025 menetapkan tanggungjawab lebih jelas kepada platform dalam talian termasuk pelaksanaan mekanisme pengesahan umur bagi mengehadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial.

Langkah itu katanya penting bagi memperkukuh perlindungan keselamatan kanak-kanak selain mewujudkan persekitaran digital yang lebih terkawal.

Fahmi menegaskan akta berkenaan juga mampu menangani isu akaun palsu yang mensasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja.-30/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button