YANG VIRAL

Tiada gelombang haba tahap 2 direkodkan: MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kawasan di negara ini mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.

Menurut data terkini, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah berada pada Tahap 1 atau status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Daerah yang terlibat di Kedah ialah Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling.

Semalam, beberapa kawasan di Kedah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda menerima hujan, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk. Fenomena itu selari dengan fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan atau ribut petir.

MetMalaysia menjelaskan, status berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Tahap 2 pula merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh sama.-30/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button