SUARA PEMBACA

MCMC siasat penyebaran maklumat palsu kenaikan tarif elektrik di media sosial

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang jalankan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki sebar maklumat berunsur palsu di media sosial berkaitan peningkatan tarif baharu elektrik.

MCMC berkata,menurut aduan yang diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua suspek adalah bersifat palsu dan boleh menimbulkan persepsi negatif yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan panik kepada masyarakat.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu MCMC beritahu dakwaan peningkatan tarif itu dibuat menerusi platform digital iaitu Facebook, Threads, dan Whatsapp.

Maklumat palsu itu juga, katanya, dipercayai menyalahguna elemen reka grafik sebuah agensi berita.

Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan ia memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.-1/4/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button