
Kriteria penjawat awam kerja dari rumah 3 hari seminggu…
Pelaksanaan Berkerja Dari Rumah (BDR) selama tiga hari dalam seminggu untuk perkhidmatan awam susulan konflik Asia Barat akan berkuat kuasa mulai 15 April ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat edaran pelaksanaan BDR yang disiarkan hari ini beritahu dua kriteria penjawat awam yang layak dalam Langkah secara berperingkat itu.
Mereka ialah pegawai awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, selain semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer.
Pelaksanaan BDR bagaimanapun dikecualikan untuk tiga sektor membabitkan keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.
Bagi negeri-negeri di mana Hari Kelepasan Mingguan (HKM) adalah hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari. (Tidak dibenarkan BDR pada Isnin dan Jumaat)
Bagi negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat (Kedah, Kelantan, Terengganu), BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari. (Tidak dibenarkan BDR pada Ahad dan Khamis)
Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah Rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.
Pegawai dikehendaki menggunakan SPOT-Me yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.
Pegawai hendaklah mendaftar masuk dalam SPOT-Me setiap satu (1) jam dan Ketua Jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai.
Ketua Jabatan perlu mengenal pasti output bagi setiap pegawai yang BDR dan hendaklah menyemak serta mengesahkan secara berkala sasaran kerja dan output yang telah ditetapkan. -2/4/2026



