Asia dijangka jadi tumpuan baharu ekonomi global

Ketegangan geopolitik di Asia Barat berpotensi mencetuskan perubahan jangka panjang terhadap struktur ekonomi global, dengan tumpuan dijangka beralih ke Asia.

Pakar ekonomi dan Provos Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, perkembangan itu boleh menjadikan rantau Asia dan ASEAN sebagai hab perdagangan utama dunia dalam dekad akan datang.

“Malaysia misalnya boleh menonjolkan peranan ASEAN sebagai pasaran serantau, yang memudahkan perdagangan antara negara jiran serta dengan negara Asia Timur seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan,” katanya.

Tambahnya, perubahan landskap itu membuka peluang kepada negara Asia untuk memperkukuh kedudukan dalam perdagangan antarabangsa.

Dalam masa sama, China dijangka muncul sebagai kuasa ekonomi utama dunia, khususnya dalam sektor perdagangan dan kewangan.

Beliau turut berpandangan lebih banyak negara akan beralih kepada penggunaan mata wang alternatif dalam perdagangan antarabangsa bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat.-14/4/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.