Azam Baki jelaskan isu penyelewengan RM230 juta dana menerusi NGO dipercayai untuk zakat

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan untuk jelaskan isu penyelewengan dana RM230 yang disumbang menerusi sebuah NGO dipercayai kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat negeri.

“NGO ini menerima dana daripada pelbagai pihak termasuk komisen kutipan untuk membantu golongan memerlukan.

“Bagaimanapun, dana tersebut tidak sampai ke sasaran, sebaliknya disalah guna untuk kepentingan peribadi seperti pembelian aset mewah,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, siasatan masih berjalan dan akan diperluas bagi mengenal pasti semua pihak terlibat.

“SPRM komited memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap siasatan selaras prinsip integriti dan tadbir urus baik,” tambahnya.

Katanya penyelewengan kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didapati bukan berpunca daripada dana zakat, sebaliknya daripada pelbagai sumbangan yang disalurkan kepada organisasi berkenaan.

Menrut Azam Baki siasatan setakat ini tidak menemukan penglibatan mana-mana institusi zakat di negara ini.

Namun, beliau mengakui sebahagian dana yang diseleweng dipercayai termasuk kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat negeri.

Dalam perkembangan sama, dua lelaki termasuk timbalan pengerusi NGO itu direman selama empat hari hingga 25 April bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan SPRM.

Suspek berusia 50-an dan 60-an itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati kegiatan tersebut berlaku antara 2018 hingga 2024, melibatkan beberapa individu termasuk pengarah syarikat yang dipercayai bersubahat.

Timbalan pengerusi NGO itu disyaki memindahkan dana berjumlah RM230 juta ke akaun syarikat miliknya bagi tujuan pelaburan dan kegunaan peribadi.

Kes ini mencetuskan perhatian kerana NGO terbabit menerima sumbangan awam untuk tujuan kebajikan.

Dalam operasi sama, SPRM menyita 18 kenderaan mewah termasuk Porsche dan Mercedes, selain hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, wang tunai serta barangan berharga lain. Sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta turut dibekukan.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, dengan fokus kepada unsur penyelewengan dana awam.- 22/4/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.