Krisis di Negeri Sembilan tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri.
Jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil kata Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri, termasuk di Negeri Sembilan, kekal utuh dan berfungsi seperti biasa,” ujarnya.
Beliau beritahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan kabinet.
Menteri Komunikasi itu juga menjelaskan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Kabinet, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran negeri itu tidak terjejas walaupun berdepan kemelut melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO baru-baru ini.
“Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, dan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan yang melibatkan adat,” katanya.
Isu yang dibincangkan merangkumi perkembangan politik dan pentadbiran di Negeri Sembilan, sebuah negeri yang mempunyai sistem adat perpatih yang unik, di mana struktur kepimpinan tradisional memainkan peranan penting dalam hal ehwal tertentu.
Sehubungan itu, pendirian untuk tidak campur tangan dalam urusan adat dilihat sebagai langkah menghormati tradisi tempatan.
Beliau juga beritahu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Jemaah Menteri akan mengadakan pertemuan dengan ADUN daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada masa terdekat.
Pertemuan tersebut dijangka bertujuan memperkukuh kedudukan politik serta memastikan kestabilan di peringkat negeri terus terpelihara.
Isu kestabilan pentabiran kerajaan Negeri Sembilan timbul selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN-UMNO menarik sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Ia lanjutan dari tindakan empat Undang pada 19 April umum langkah mereka hendak lucutkan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pada 28 April Anwar kata tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri Sembilan dan semua ADUN harus patuh kepada titah Yang di-Pertuan Besar agar kerajaan negeri terus tabir seperti biasa.- 29/4/2026

