Bila sebut tentang Jho Low semua orang pening kepala dan naik bingung.
Bagaimana selama ini ahli perniagaan dalam buruan dalam kes IMDB yang berasal dari Pulau Pinang ,Malaysia ini boleh main sorok-sorok dengan segala macam penguatkuasa undang-undang.
Ibarat cerita 007 James Bond sekejap dia dikatakan kelihatan di China…kemudian di Shanghai…kemudian di Hong Kong…kemudian Macau…..kemudian di Myanmar ..kemudian entah dimana pula guna identiti dan paspot palsu.
Hari ini kisah Jho Low kembali jadi perhatian ramai apabila di dilaporkan memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Ikut laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber pada Selasa permohonan tersebut difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Laporan itu berkata jika ia diluluskan ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap dalang skandal 1MDB itu .
WSJ menyebut laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan tertunggak bagi “Pengampunan selepas Tamat Hukuman” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih dipetik WSJ berkata permohonan Low itu ketika ini belum berada dalam perhatian pihak Rumah Putih.
Awal bulan ini, Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin mengkritik keras Kementerian Dalam Negeri kerana gagal memberikan jawapan yang jelas mengenai status Notis Merah Interpol Malaysia terhadap Jho Low, sama ada notis untuk menangkap ahli perniagaan itu masih aktif atau tidak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Julai tahun lalu berkata pihak polis setakat ini tidak memperoleh bukti sahih mengenai keberadaan Jho Low.
Katanya, KDN melalui polis sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk menyiasat keberadaan Jho Low.
Media antarabangsa pada 2025 pula melaporkan Jho Low dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.
Wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Constantinos Achilles Veis untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.- 13/5/2026

