PKR mengesahkan menerima pengumuman mengejut daripada dua Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mengisytiharkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti itu, hari ini.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti menerima keputusan berkenaan dan mengesahkan bahawa keanggotaan kedua-dua pemimpin itu terbatal serta-merta selaras dengan peruntukan Perlembagaan parti.
Menurut beliau, perkara itu berlandaskan Fasal 9(1)(c) Perlembagaan PKR yang menyatakan keahlian seseorang gugur secara automatik apabila ahli mengisytiharkan keluar daripada parti.
“Merujuk kepada Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kerusi Dewan Rakyat akan dikosongkan sekiranya seseorang Ahli Parlimen tidak lagi menjadi anggota parti politik yang diwakilinya ketika dipilih.
“Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Fuziah berkata, pihaknya akan merujuk status kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Speaker, bagi tindakan selanjutnya berhubung kedudukan mereka di Parlimen.
Dalam pada itu, PKR turut memaklumkan akan meneliti status keanggotaan Ahli Parlimen parti itu yang lain yang hadir ke dalam program berkaitan.-18/5/2026

