Malaysia antara negara paling dipercayai di dunia

Malaysia tersenarai antara negara paling dipercayai di dunia tahun ini apabila menduduki tempat ketujuh daripada 28 negara dalam Laporan Edelman Trust Barometer 2026.

Indeks Kepercayaan Malaysia turut meningkat kepada 71 mata berbanding 66 mata tahun lalu.

Kajian itu menilai tahap keyakinan rakyat terhadap sektor perniagaan, kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, laporan tersebut turut mendedahkan peningkatan fenomena “kepercayaan tertutup” atau insular trust dalam kalangan masyarakat.

Sebanyak 65 peratus rakyat Malaysia didapati semakin sukar mempercayai individu yang mempunyai pandangan politik, latar budaya dan sumber maklumat berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Penasihat Kanan Edelman Asia Tenggara, Mazuin Zin berkata, tahap kepercayaan tinggi rakyat Malaysia terhadap institusi merupakan sesuatu yang membanggakan.

Menurut beliau, komunikasi yang jelas dan telus penting bagi mengelakkan salah faham serta persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat.

“Jika terlalu sedikit penjelasan diberikan, lebih banyak andaian akan timbul.

Sebab itu komunikasi yang jelas penting supaya masyarakat memahami hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai bersama,” katanya pada Majlis Pelancaran Edelman Trust Barometer Malaysia 2026 di sini, hari ini.-21/5/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.