DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat untuk PRN ke 16

Johor tidak bersendirian menghadapi pilihanraya negeri ke 16 tidak lama lagi.

Ini setelah Dewan Undangan Negeri Sembilan turut sama dibubarkan berkuatkuasa Jumaat 5 Jun 2026.

Pengumuman mengenai pembubaran DUN dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sidang akhbar di kediaman rasmi beliau lewat Khamis malam.

Katanya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz telah beri perkenaan bagi pembubaran itu.

Aminuddin menjelaskan pembubaran DUN itu dibuat mengikut prosedur yang betul.

DUN Negeri Sembilan ada 36 kerusi.

Pada pilihanraya negeri ke 15 lalu Pakatan Harapan menang 17 kerusi,Barisan Nasional 14 manakala Perikatan Nasional 5.

Kesemua parti berkenaan bergabung dalam Kerajaan Perpaduan negeri itu.

Mengenai pembahagian kerusi ,Aminuddin kata PKR,DAP dan Amanah telah adakan perbincangan.

Katanya mereka akan bertanding di kesemua 36 kerusi berkenaan.

Difahamkan ini bermakna BN tidak ada dalam gabungan untuk PRN negeri itu.

Maka kemungkinan besar di Negeri Sembilan BN akan bertanding secara solo seperti di Johor.- 4/6/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.