Rasmi: PAS umum putus kerjasama politik dengan Bersatu

Selari dengan pelbagai ramalan yang berlegar kebelakangan ini PAS secara rasmi telah putuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Keputusan yang dianggap ‘kes berat’ bagi Bersatu dibuat dalam mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur pada Isnin malam.

Ia diumumkan menerusi satu kenyataan media oleh Presiden PAS Tan Sri Dadi Awang.

Beliau kata mesyuarat malam ini memperakukan keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.

“Kedua meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.

“Ketiga, menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

“Keempat meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16.

“Kelima menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS,” katanya.

Keputusan ini dikatakan tidak mengejutkan melihat pada ‘rentak’ hubungan yang bergelora dengan berbagai isu antara PAS dan Bersatu.

Lagipun PAS dilihat lebih condong dan mesra kepada kepimpinan bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Hamzah Zainuddin berbanding Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apapun difahamkan buat masa ini keputusan PAS itu tidak melibatkan kedudukan Parikatan Nasional (PN).

Gabungan PN yang dipelopori PAS dan Bersatu dibentuk pada tahun 2020.- 8/7/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.