Jarak tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan bagi ‘ruang bernafas’ pada jentera kempen…

Jentera parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya negeri (PRN)Johor dan Negeri Sembilan akan punyai ‘ruang bernafas’dalam gerak kerja kempen mereka.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan jarak tarikh yang berbeza untuk penamaan calon dan pembuangan undi.

Perbezaan tarikh antara pilihanraya negeri Johor dan Negeri Sembilan ialah 20 hari.

Di masa lampau kebiasaan SPR menetapkan adakan pilihanraya serentak.

Ini dikatakan agak merumitkan bagi jentera kempen untuk bergerak antara negeri.

Pengumuman tarikh berkenaan dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.

Bagi Johor, ditetapkan 27 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Ogos untuk pengundian.

Manakala Negeri Sembilan pula penamaan calon pada 18 Julai dan pengundian 1 Ogos.

Ramlan berkata SPR memperuntukkan sejumlah RM167.4 juta untuk kedua-dua pilihan raya negeri, dengan RM86.8 disalurkan ke Johor dan RM80.6 untuk Negeri Sembilan.

Menurut data terkini SPR, pilihan raya tersebut akan melibatkan kepada 2,727,926 pengundi yang berdaftar di Johor dan 889,490 di Negeri Sembilan.

Ramlan menambah bahawa 42,971 petugas pilihan raya akan digerakkan untuk menguruskan pilihan raya di Johor, manakala 15,344 pegawai akan mengendalikan proses tersebut di Negeri Sembilan.

Sementara itu Ramlan dilapor menjelaskan pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan tidak dapat diadakan serentak kerana mengambil kira pertimbangan logistik, latihan petugas pilihan raya dan tahap kesiapsiagaan operasi.

“Di Negeri Sembilan, pembubaran secara mengejut (snap election), keadaan tidak bersedia. Kami memerlukan masa untuk mereka betul-betul fokus.

“Kita selesaikan (PRN) Johor terlebih dahulu, kemudian kita bawa semua pasukan (dari Johor) untuk membantu Negeri Sembilan.

“Kalau buat (PRN) serentak, persiapan memang tidak sempat,” katanya seperti dipetik Bernama.

-12/7/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.