Tiada kejutan besar dalam senarai 56 orang calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-16 yang kekal dengan pendirian hendak turun padang secara solo dan tidak akan bergabung dengan parti lain jika ia berjaya menubuhkan kerajaan negeri.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang disandangnya sejak PRN 2022.
Pada pilihan raya lalu, beliau menang dengan majoriti 6,543 undi selepas memperoleh 11,029 undi, menewaskan calon PAS mewakili PN, MUDA dan Pejuang.
Sebelum ini, beliau juga pernah memenangi kerusi Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti tipis 364 undi selepas menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy.
Beliau antara lain akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) , Nor Hafiz Roslan.
Dalam pengumuman yang dibuat Onn Hafiz di ibu pejabat Umno Johor di Johor Bahru petang Rabu senarai penuh calon BN itu merangkumi 37 calon daripada Umno 15 dari MCA dan 4 dari MIC.
Kali ini bekas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak bertanding di kerusi Benut, kerusi yang secara tradisi diwakilinya.
Tempat beliau diambilalih Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan.
Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang juga ahli exco Johor Mohd Hairi Mad Shah dikekal bertanding di Larkin.
Exco tunggal yang tidak bertanding semula kali ini ialah Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On yang juga penyandang kerusi Serom.
Muka baru yang akan bertanding kerusi Serom ialah Nadhirah Afiqah Abdull Rahim.
Lain-lain Exco kekal.Selain Mohd Hairi Mad Shah di Larkin mereka adalah Zahari Sarip di Buloh Kasap, Mohamad Fazli Mohamad Salleh di Bukit Pasir, Mohd Fared Mohd Khalid di Semerah, Ling Tian Soon di Yong Peng, Lee Ting Han di Paloh, Aznan Tamin di Tanjung Surat,Mohd Jafni Md Shukor di Bukit Permai.
Agak menarik ialah di di Endau. Pada kerusi itu Alwiyah Talib akan mempertahankan kerusi itu di bawah tiket BN selepas kembali ke Umno.
Beliau pertama kali memenangi kerusi Endau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 atas tiket BN-Umno.
Bagaimanapun, pada Mei 2018 beliau bersama beberapa ADUN Johor lain meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.
Pada PRN 2022, Alwiyah mempertahankan kerusi Endau di bawah tiket PN dalam saingan lima penjuru.
Antara nama besar yang kembali bertanding adalah bekas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, yang dicalonkan untuk kerusi Pasir Raja, menggantikan penyandangnya, Rashidah Ismail.
Adham yang juga Ketua Umno Bahagian Tenggara pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.
Bagaimanapun, namanya digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Di Puteri Wangsa, Teow Chia Ling daripada MCA akan bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz.
Pertandingan itu dijangka menarik kerana dia berdepan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, yang bertanding atas tiket PH.
Berikut Senarai penuh 56 calon BN bagi PRN Johor:
N.01: Buloh Kasap – Datuk Zahari Sarip
N.02: Jementah – See Ann Giap
N.03: Pemanis – Anuar Abd Manap
N.04: Kemelah – K. Ravin Kumar
N.05: Tenang – Mohd Azahar Ibrahim.
N.06: Bekok – Tan Chong.
N.07: Bukit Kepong – Ahmad Syar’e Yusof
N.08: Bukit Pasir – Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh
N.09: Gambir – Sahrihan Jani.
N.10: Tangkak – Datuk Haw Chin Teck.
N.11: Serom – Nadirah Afiqah Abdull Rahim.
N.12: Bentayan – Chua Lee Huat
N.13: Simpang Jeram – Datuk Azman Ismail.
N.14: Bukit Naning – Mohd Ghazali Sabari @ Atan
N.15: Maharani – Datuk Ashari Md Sarip.
N.16: Sungai Balang – Selamat Takim.
N.17: Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid.
N.18: Sri Medan – Datuk Zulkurnain Kamisan.
N.19: Yong Peng – Ling Tian Soon.
N.20: Semarang – Datuk Samsolbari Jamali.
N.21: Parit Yaani – Datuk Mohamad Najib Samuri
N.22: Parit Raja – Nor Rashidah Ramli.
N.23: Penggaram – Boo Chin Liong
N.24: Senggarang – Mohd Yusla Ismail.
N.25: Rengit – Mohd Zaidi Japar.
N.26: Machap – Datuk Onn Hafiz Ghazi.
N.27: Layang-Layang – Chua Jian Boon
N.28: Mengkibol – Yap Zhi Peng.
N.29: Mahkota – Syed Hussien Syed Abdullah
N.30: Paloh – Lee Ting Han.
N.31: Kahang – V. Rugendran
N.32: Endau – Alwiyah Talib.
N.33: Tenggaroh – Mohd Youzaimi Yusof.
N.34: Panti – Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.
N.35: Pasir Raja – Datuk Seri Adham Baba.
N.36: Sedili – Muzaidee Makmor.
N.37: Johor Lama – Norliza Noh.
N.38: Penawar – Fauziah Misri.
N.39: Tanjung Surat – Aznan Tamin.
N.40: Tiram – Datuk Abdul Halim Suleiman.
N.41: Puteri Wangsa – Teow Chia Ling
N.42: Johor Jaya – Chan San San
N.43: Permas – Baharudin Mohamed Taib.
N.44: Larkin – Mohd Hairi Mad Shah
N.45: Stulang – Bong Seng Heng
N.46: Perling – Pannir Selvam
N.47: Kempas – Datuk Ramlee Bohani.
N.48: Skudai – Tan Hiang Kee.
N.49: Kota Iskandar – Pandak Ahmad.
N.50: Bukit Permai – Datuk Jafni Md Shukor
N.51: Bukit Batu – R. Kumaran
N.52: Senai – Tai Chee Chee
N.53: Benut – Datuk Mohd Sumali Reduan.
N.54: Pulai Sebatang – Hasrunizah Hasan
N.55: Pekas Nanas – Tan Eng Meng
N.56: Kukup – Md Israk Abdullah

