FOKUS

Menteri kena tibai…bagi peruntukkan RM5.2 juta untuk kawasan pilihanraya kecil di Kuala Kubu Bharu guna alasan ada ‘feng sui’ bagus…

Rasanya susah juga nak buat keputusan samada nak gelak atau marah bila mendengar Menteri Peumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming umum peruntukkan RM5.2 juta kepada daerah Hulu Selangor atas alasan kawasan itu ada ‘feng sui’ yang bagus.

Ini kerana Hulu Selangor ialah daerah terletaknya kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu dimana pilihanraya kecil akan diadakan pada 11 Mei ini.

Nga ialah seorang pemimpin DAP manakala calon Pakatan Harapan yang akan bertanding ialah dari parti itu.

Pada Khamis semalam, Nga mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta di bawah program Sentuhan Kasih KPKT.

Peruntukan itu disalurkan kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Persatuan Bomba dan rumah ibadat bukan Muslim.

Seperti sudah dijangka pada kemungkinan reaksi yang akan timbul dari pengumuman Nga itu…Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah ‘sound’ minta menteri itu melawat Muar untuk melihat samada kawasan yang beliau wakili itu ada ‘ feng sui’ bagus atau tidak.

Baginya agak pelik menteri itu umum peruntukkan RM5.2 juta menjelang pilihanraya kecil.

Baginya ia adalah ‘sogokan pilihanraya’ yang cuba dihalalkan menerusi dakwaan ada ‘ feng sui’ atau ‘ ong’ yang bagus.

Syed Saddiq bertanya bagaimana ‘ feng sui’ bagus cuma ada di kawasan yang akan ada pilihanraya kecil.

Dalam pada itu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sifatkan pengumuman Nga beri peruntukan sebanyak RM5.2 juta di Kuala Kubu Bharu semalam melanggar etika pilihan raya.

Jawatankuasa pemandu Bersih berkata pihaknya mengambil serius pengumuman Menteri itu.

“Bersih melihat pengumuman ini telah melanggar garis panduan Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon) yang telah digariskan Bersih sejak Pilihan Raya Negeri 2023.

“Seperti dilaporkan media, Nga turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang “baik, prihatin, progresif” walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan.

“Peruntukan khusus kepada KKB ini dilihat telah melanggar prinsip “tidak berkempen” yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik.

“Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi KKB yang bakal mengundi pada 11 Mei depan,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Bersih mendesak kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip persaingan politik atas padang yang rata dalam pilihan raya.

“Sekali lagi Bersih menegaskan supaya diwujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh terkait etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen/DUN atau kekosongan kerusi.

“Ini perlu dikanunkan sebagai undang-undang supaya tidak berlaku salah guna sumber kerajaan dalam sebarang pengumuman peruntukan dan dasar kerajaan yang diamanahkan rakyat.

Katanya, Bersih juga akan menghantar pemantau pilihan raya bagi memantau keseluruhan proses pilihan raya kecil berknaan agar tidak berlaku sebarang bentuk kesalahan pilihan raya.

Sementara Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang juga bekas Naib Presiden MCA tibai Nga kerana melanggar prinsip anti rasuah melalui langkah berkenaan.

Beliau menyifatkan langkah Nga ‘sangat dikesalkan’ kerana sebelum ini DAP sentiasa kritik pengumuman menteri beri peruntukkan waktu musim pilihanraya.

Pengerusi Gerakan Datuk Dominic Lau desak Setiausaha Agung DAP Anthony Loke nasihat Nga agar main politik yang matang.

Dalam perkembangan berkaitan Nga dilaporkan pada Jumaat tetap pertahankan pengumuman beliau.

Beliau bertanya apa yang pembangkang buat untuk rakyat Selangor.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac.

Lee, 58, yang menjadi Adun KKB sejak 2013, mengekalkan kerusi itu untuk PH pada pilihan raya negeri tahun lepas.- 19/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button