Sunday - 27, April 2025

Raghad,isteri Allahyarham Taib Mahmud muncul bersuara…

Share

Sejak kematian bekas TYT Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 21 Februari 2024 lalu …balunya Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi terus menyepi.

Ini mencetuskan desus desus kerana bukan rahsia lagi ada kes mahkamah antara Raghad dengan anggota keluarga melibatkan isu pemindahan saham syarikat.

Mereka ialah anak lelaki Allahyarham Taib yakni Datuk Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib

Raghad mempunyai akaun Instagram dengan 140,000 pengikut.

Pada Sabtu lalu beliau telah buat posting yang agak mencuri perhatian ramai.

Antara lain Raghad beritahu beliau kini masih di Malaysia dan sedang tinggal di Kuala Lumpur.

Juga katanya beliau sedang berjuang untuk mendapatkan haknya untukkembali ke rumahnya di Kuching.

Menurut Raghad beliau sedang berdepan beberapa cabaran dan sedia menghadapinya sebagai seorang wanita dan isteri kepada Allahyarham Taib.

“Sepereti saya sebeut sebelum ini saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan terus menegakkan legasi bekas suami saya dengan membantu rakyat Sarawak menerusi Yayasan Raghad

“Pertanyaan anda tentang dimana saya dan edah adalah gambaran keperihatinan masyarakat kita.”- 22/4/2024

Read more

khabar terbaru