Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Siapakah dia…? - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Siapakah dia…?

Siapakah dia…?

Mungkin dalam sedikit masa lagi identiti sipolan ini akan diketahui umum.

Buat masa ini apa yang diketahui SPRM sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air yang disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya.

Katanya, projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat di bawah kawalannya.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan sejak Januari tahun lalu hingga Mac 2024 dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu bagi kerja-kerja tersebut selain diberikan komisen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

Setakat ini, sebanyak 15 buah syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin tersebut dan antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati.- 28/4/202

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *