TAHUKAH ANDA

Pemuda UMNO tidak setuju buka pintu UiTM kepada pelajar bukan bumiputra

“Jangan ganggu UiTM, itu amaran keras Pemuda UMNO kepada mana-mana pihak yang cuba menjadi `pengadu domba’ dengan mengemukakan cadangan terbabit dan kami akan memastikan UiTM kekal milik Bumiputera selamanya.” ..itu kata Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh Jumaat.

Serentak dengan itu beliau menegaskan jangan sesekali membangkitkan isu seperti ini lagi kerana UiTM akan kekal milik Bumiputera tanpa kompromi, dulu, kini dan selamanya.”.

Beliau menyuarakan pendirian itu gara gara adanya cadangan seperti dibangkitkan bekas felo pelawat Universiti Melbourne, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Beliau dilapor berkata sudah tiba masanya Akta UiTM 1976 yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera dikaji semula mengikut keperluan semasa.

Bekas ahli akademik itu berkata, UiTM seharusnya membuka pintu kepada pelajar bukan Bumiputera dengan bersyarat, iaitu hanya untuk kursus pasca siswazah.

Dr Akmal beri amaran kepada mana-mana pihak, termasuk ahli politik atau akademik supaya tidak lagi mengemukakan cadangan `dangkal’ mengenai kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM.

Katanya Pemuda UMNO berpegang teguh dengan pendirian kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa UiTM yang menjadi sebahagian hak keistimewaan Melayu serta Bumiputera, tidak sesekali di sentuh pihak lain.

Katanya, pendirian tegas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertahankan UiTM hanya untuk pelajar Bumiputera adalah tepat dan sejajar dengan Fasal 1A, Akta UiTM (Akta 173) yang mana universiti itu ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Dr Akmal menegaskan demikian selepas merasmikan Program Kesukarelawan Antarabangsa UiTM di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Merlimau, di Jasin.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menegaskan tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka universiti terbabit kepada pelajar bukan Bumiputera.

Katanya isu berkenaan sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.- 17/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button