FOKUS

Insiden di balai polis Datuk Keramat,Pulau Pinang pula…lelaki mabuk cuba rampas submesingan

Seorang lelaki yang mabok ditahan selepas pergelutan cuba merampas submesingan jenis HK MP5 daripada anggota polis yang bertugas di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat di Georgetown,Pulau Pinang pagi Ahad.

Lelaki berkenaan dalam usia 35 tahun tiba dengan sebuah motosikal jam 4 pagi di pintu pagar balai itu.

Dia lalu meminta anggota polis yang berkawal di situ membuka laluan untuknya.

Namun dia mengeluarkan kata kata kesat bila anggota berkenaan bertanya tujuannya nak masuk ke balai itu.

Lelaki itu terus cuba merampas submesingan dari anggota berkenaan tetapi gagal.

Bila anggota berkenaan cuba menenangkan dia termasuk memberi amaran supaya tidak mengulangi tindakannya… suspek secara tiba-tiba membuka topi keledarnya dan menyerang anggota itu.

Lelaki itu berjaya diberkas oleh anggota berkenaan dengan bantuan rakan setugasnya.

Dia mengalami luka kecederaan di muka dan tangan semasa pergelutan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan petang Ahad mengesahkan lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Katanya lelaki itu mempunyai masing-masing dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

Beliau memberitahu permohonan reman terhadapnya dibenarkan selama empat hari sehingga 22 Mei bagi membantu siasatan.- 19/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button