PM ingatkan risiko wargaemas terdedah pada kemiskinan di hari tua…

Melihat pada data yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sebahagian golongan wargaemas negara ini berdepan risiko terdedah kepada kemiskinan masa hari tua kerana tiada jaminan dari segi pendapatan.
Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP belum boleh memastikan golongan ini dapat tidur lena.
Berucap merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC 2024), di Kuala Lumpur pada Selasa Anwar kata populasi warga emas lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding rata-rata penduduk Malaysia yang lain, dengan hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan seperti pencen semasa bersara.
.
“Data KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menunjukkan bahawa satu daripada empat ahlinya menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.
“Keadaan sekali gus manfaat KWSP akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara atau menguruskan risiko kelanjutan usia,” katanya.
Oleh itu Perdana Menteri menilai sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan reformasi terhadap rangka kerja pencen dan persaraannya bagi memastikan keselamatan kewangan, ekuiti untuk semua rakyat Malaysia.- 4/6/2024