Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Speaker Dewan Rakyat tentukan kedudukan kerusi enam MP Bersatu – TPM Zahid - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Speaker Dewan Rakyat tentukan kedudukan kerusi enam MP Bersatu – TPM Zahid

Speaker Dewan Rakyat tentukan kedudukan kerusi enam MP Bersatu – TPM Zahid

“Kita serahkan kepada budi bicara speaker dan tunggu persidangan Parlimen pada hujung bulan ini.”

Itu kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kes enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian oleh parti mereka.

Menurutnya kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen itu sama ada kekal atau dikosongkan akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Katanya beliau percaya kedudukan wakil rakyat berkenaan, akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, sekiranya notis pengosongan kerusi dibawa ke sidang Parlimen pada hujung bulan nanti.

Beliau ditemui wartawan pada majlis perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Banting Sabtu.

Sebelum ini, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat Bersatu yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan, terhenti serta-merta.

Bersatu telah hantar notis yang perlu dijawab dalam empoh 14 hari samaada masih setia kepada parti atau sebaliknya.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.

Semalam, Johari mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi disandang enam Ahli Parlimen berkenaan.- 8/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *