Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Al-Fatihah… Zainal Rampak,bekas Presiden MTUC sudah tiada - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Al-Fatihah… Zainal Rampak,bekas Presiden MTUC sudah tiada

Al-Fatihah… Zainal Rampak,bekas Presiden MTUC sudah tiada

Golongan muda sekarang mungkin tidak kenal atau pernah dengar nama Tan Sri Zainal Rampak.

Namun ini adalah antara nama besar dikalangan aktivis dan pejuang isu buruh.

Sekitar hujung tahun 80han hingga awal 2000han kalangan wartawan pasti akan buru beliau jika nak dapat berita atau komen pasal isu buruh dan hal hal berkaitan.

Dari tahun 1986 hingga 2004 beliau adalah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Jam 2 pagi Khamis Zainal meninggal dunia pada usia 84 di rumahnya di USJ.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor menerusi satu kenyataan kata pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau adalah pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

Katanya, Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau.

“Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004,” katanya.- 4/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *