YANG VIRAL

SPRM ambil dokumen di Kementerian Sumber Manusia untuk siasatan kes HRD Corp

Empat orang pegawai SPRM berada hampir sejam di Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya pada Selasa sebelum dilihat keluar dengan membawa beberapa dokumen.

Mereka tiba kira kira 11.20 pagi bagi mendapatkan dokumen susulan isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen berkaitan di pejabat Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan di aras tujuh bangunan kementerian itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Sabtu lepas, SPRM telah mengesahkan sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 baru-baru ini.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit berkenaan.- 9/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button