TAHUKAH ANDA

Bekas timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang diumum calon PN di PRK Nenggiri,Kelantan

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang yang kemudian menyertai Bersatu,Mohd Rizwadi Ismail menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) untuk pilihanraya kecil kerusi (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Nenggiri,Gua Musang,Kelantan.

Nama Mohd Rizwadi yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diumum oleh Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasuruddin Daud di Masjid Hijau Renok, Gua Musang pada Isnin.

Selepas pengumuman rasmi dibuat Mohd Rizwadi mengambil tempat di atas pentas untuk melafazkan ikrar dan sumpah laknat.

Antara lain dia bersumpah untuk patuh kepada perlembagaan Bersatu serta tidak akan meninggalkan parti berkenaan atau bakal dilaknat Allah.

Turut hadir Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos ini.

Ini berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.- 29/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button