TAHUKAH ANDA
Al-Fatihah…penyanyi Jay Jay sudah tiada

Dunia seni kehilangan seorang lagi bintang.Bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree yang kemudian bergerak solo,Jay Jay atau nama sebenar Mohd Fauzi Darus meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Allahyarham meninggal dunia sekitar 9.30 Ahad malam di sebuah hospital swasta di Kota Damansara.
Berita duka ini disahkan oleh Datuk Hattan yang mendapat khabar mengenainya dari isteri Jay Jay.
Pada Jun lalu Jay Jay mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara pada 23 Mei.- 4/8/2024