FOKUS

UMNO kekal kerjasama dengan 18 parti kerajaan perpaduan…juga terus guna lambang dacing pada PRU16

Bendera Barisan Nasional dengan logo dacing akan kekal berkibar menjadi lambang gabungan itu pada pilihanraya umum ke 16 nanti.

Keputusan itu diumum oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang media pada hari pertama Perhimpunan Agung Umno 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada Rabu.

Katanya kesemua calon daripada parti itu akan bertanding menggunakan logo “dacing” BN.

Serentak dengan itu beliau memberitahu kerjasama dengan kesemua 18 parti yang kini membentuk kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan jalan terus.

“Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan raya yang akan datang kita harus menggunakan lambang (logo) dacing Barisan Nasional (BN).

“Namun kita tidak menolak kolabrasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak berlaku pertindihan (kerusi),” katanya.

Menurut Zahid kerjasama itu akan diteruskan bagi mendapatkan sokongan pengundi dan menegaskan ia perlu dilakukan mulai sekarang kerana mahu keserasian itu bukan hanya wujud ketika pilihan raya.

Zahid sebelum itu menyampaikan taklimat presiden kepada perwakilan daripada semua bahagian UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO 2024 bermula hari ini hingga Sabtu.- 21/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button