FOKUS

Zahid dakwa Muhyiddin cuma ada 105 SD sokongan bukan 115

Apa agaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin nak jawab dengan pendedahan terbaru oleh Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan jumlah sokongan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum 2022.

Pengerusi Perikatan Nasional dakwa beliau telah serahkan sebanyak 115 SD kepada Istana Negara pada waktu itu.

Jumlah berkenaan – jika benar – melayakan beliau bentuk kerajaan dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebalikya pada Khamis… Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri dedahkan jumlah sebenar SD yang Muhyiddin ada cuma 105 sahaja.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di WTC,beliau menjelaskan jumlah sebenar SD Muhyiddin berkurangan apabila terdapat pertindihan SD antara Ahli Parlimen PN dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya 115 SD yang dikatakan Muhyiddin ada itu termasuk 10 SD daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani dua SD.

“Sebenarnya dia (Muhyiddin) tidak cukup jumlah kerusi (untuk bentuk kerajaan). Apa yang dikatakan beliau (Muhyiddin ), ini (Setiausaha Agung) saksi hidup bahawa 115 SD yang dikatakan ada itu adalah termasuk 10 SD daripada Ahli Parlimen (BN) yang menandatangani dua SD.

Zahid juga menjelaskan SD yang ditandatangani oleh 10 Ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen yang ditandatangani ketika watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 2022 lalu.

“Setiap calon Parlimen BN perlu tandatangan 3 dokumen. Satu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebab tindakan bagi ke arah pembentukan kerajaan.

“Kedua menandatangani dokumen bahawa kerusi yang dimenangi itu adalah kerusi parti dan bukannya individu. Dokumen ketiga jika mereka keluar parti atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar RM100 juta denda.

“Ketiga-tiga dokumen ini ditandatangani dan ianya ditandatangani dengan rakaman video di hadapan pesuruhjaya sumpah bersama tiga orang peguam.

“Jadi bagaimana kalau berlaku gila talak itu mahu menafikan situasi sebenarnya, dia memang tidak ada jumlah,” katanya.

Semalam, Rabu Muhyiddin menyerahkan sejumlah 115 SD kepada polis berhubung siasatan mereka berhubung ucapannya di kempen pilihanraya kecil Nenggiri pada 15 Ogos yang cetus kemurkaan Tengku Mahkota Pahang.

Polis datang ke pejabat bekas Perdana Menteri itu di bangunan MIDA untuk ambil keterangan darinya berhubung kes berkenaan.

SD itu, termasuk miliknya sendiri, kononnya daripada ahli parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-15 yang mengakibatkan kebuntuan politik.

Beliau juga menyerahkan surat akuan penerimaan SD berkenaan yang bertarikh 21 Nov 2022 daripada setiausaha sulit kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga menyebut bahawa turut disertakan bersama adalah 51 SD daripada PN, PAS (22), Gabungan Parti Sarawak (GPS – 22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS – 6), Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM – 1), serta SD daripada 10 ahli Parlimen BN dan dua ahli Parlimen bebas.– 22/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button