YANG VIRAL

Berita gembira untuk penumpang pesawat…

Mulai 2 September ini para penumpang pesawat tidak perlu lagi gundah gulana jika berlaku kelewatan penerbangan mereka selama lima jam dan lebih.

Ini kerana syarikat penerbangan perlu mengembalikan bayaran penuh bagi kelewatan itu kepada pengguna yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke beritahu pada Rabu langkah itu susulan pembaharuan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang akan diwarta dan berkuat kuasa Isnin ini.

Katanya melalui penambahbaikan MACPC, pengguna penerbangan boleh mendapat jaminan perlindungan yang dipertingkatkan untuk perjalanan udara.

Bercakap dalam sidang akhbar di Putrajaya menteri itu kata ia adalah pilihan tambahan dengan pengguna perlu memilih sama ada mahu bayaran balik atau menikmati kemudahan penginapan hotel dan pengangkutan jika pesawat mereka tertunda selama lima jam atau lebih.

“Untuk gangguan penerbangan yang disebabkan oleh keadaan luar biasa, syarikat penerbangan dikehendaki terlebih dahulu menawarkan bayaran balik dalam mod bayaran asal.

Loke berkata tempoh bayaran balik kepada pengguna ialah selama 30 hari dan ia bergantung pada kaedah pembayaran yang telah dilaksanakan penumpang.

Melalui penambahbaikan baharu itu juga, beliau berkata semua penerbangan yang dibatalkan mesti dikeluarkan daripada semua sistem penempahan, termasuk platform ejen pelancongan dalam talian dan luar talian.

“Sebarang denied boarding kerana tempahan penerbangan berlebihan perlu dimaklumkan kepada pengguna di kaunter daftar masuk atau di pintu berlepas. Menafikan pengguna yang telah menaiki pesawat adalah dilarang.

“Had masa untuk pengguna mengemukakan aduan kini dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun,” katanya.

Berkuat kuasa Januari tahun depan, Loke berkata sebarang perubahan dalam Waktu Perlepasan yang Dijadualkan (STD) mesti dimaklumkan kepada pengguna sekurang-kurangnya dua minggu sebelum waktu perlepasan sebenar melainkan ia disebabkan hal keadaan luar biasa atau masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. – 28/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button