TAHUKAH ANDA

DAP pertahan Teresa Kok dalam isu sijil halal…

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke tidak melihat ada salahnya Teresa Kok sebagai seorang Ahli Parlimen bercakap mengenai isu sijil halal untuk menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini.

“Sebagai ahli Parlimen, beliau memang sudah ada tanggungjawab untuk menyatakan pandangan yang mungkin diperolehi daripada pengundi-pengundinya.

“Itu sebabnya beliau menyatakan kebimbangan sedemikian. Apa yang dilontarkan itu satu kebimbangan daripada masyarakat, khususnya masyarakat bukan Islam,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika bercakap dalam sidang akhbar di Ipoh Ahad mengenai kontroversi komentar Teresa Kok pasal sijil halal.

Anthony berkata, cadangan mewajibkan pensijilan halal itu masih belum dipertimbangkan jemaah menteri.

Perkara itu katanya juga pasti melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang apabila ia diputuskan.

“Biasalah dalam negara kita ini, banyak isu-isu dipolemikkan. Ini mungkin daripada pemimpin-pemimpin yang bukan duduk dalam kerajaan.

“Sedangkan kita yang berada dalam kerajaan sudah tentu nak bincang dan selesaikan dalam peringkat kerajaan melalui Jemaah Menteri,” katanya.- 8/9/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button