YANG VIRAL

PM lawat tiga pusat penempatan mangsa banjir di Kedah

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu membuat tinjauan di tiga pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di Kedah.

PPS berkenaan ialah Stadium Sultan Abdul Halim yang terletak di daerah Kota Setar dan dua lagi PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Pada tinjauan berkenaan beliau telah mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pasca banjir di Kedah yang mana daerah Kota Setar sahaja diperuntukkan sejumlah RM3 juta, manakala bagi keseluruhan negeri pula RM10 juta.

Kerajaan juga meneruskan bantuan banjir menerusi peruntukan NADMA dan ICU masing-masing RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.

Setakat pukul 11.26 pagi Sabtu, laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarat melaporkan daerah terjejas banjir menurun kepada enam berbanding tujuh pada tengah malam tadi.

Mangsa yang berpindah ke PPS pula meningkat kepada 7,754 orang daripada 2,447 keluarga yang ditempatkan di 42 PPS.

Daerah yang terjejas adalah Kota Setar; Kubang Pasu; Pokok Sena; Pendang; Kuala Muda dan Bandar Baharu.- 21/9/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button