Sunday - 8, June 2025

Chow Kon Yeow kekal Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun Steven Sim Pengerusi baru DAP negeri

Share

Tiada perubahan pada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini disandang Chow Kon Yeow sekalipun Menteri Sumber Manusia Steven Sim adalah Pengerusi baru DAP negeri itu mulai hari ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini memberi jaminan bahawa Chow akan berkhidmat sehingga habis penggal.

Steven Sim pula menegaskan kepimpinan baru DAP Pulau Pinang akan beri sokongan penuh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Chow.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa dirinya kini bakal menjadi pengganti Chow.

Steven Sim menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pemilihan DAP Pulau Pinang yang berakhir Sabtu.

Chow menerajui DAP Pulau Pinang selama lebih dua dekad, namun membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti negeri tahun ini di tengah-tengah kebimbangan bahawa dia kehilangan sokongan.

Sementara itu Steven Sim, 42, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu akan menerajui tampuk kepimpinan baharu DAP negeri itu mendapat 1,237 undi pada pemilihan parti itu.

Anak mendiang Karpal Singh yakni Ram Karpal Singh yang memperoleh mendapat undi terbanyak iaitu 1,247 undi dilantik menjadi Timbalan Pengerusi DAP negeri.

Manakala adik kepada Lim Guan Eng yang juga Timbalan Menteri Kewangan ,Lim Hui Ying kekal sebagai Setiausaha DAP negeri.

Jawatan pengerusi DAP negeri bukan syarat untuk dilantik menjadi Ketua Menteri berdasarkan amalan terdahulu.

Pendahulu Chow, Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang pertama daripada DAP – tidak pernah bertanding dalam pemilihan DAP negeri – dan secara langsung juga tidak pernah menjadi pengerusi DAP negeri.

Namun Steven Sim dijangka pasti akan dilantik ke jawatan Ketua Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.

Media sebelum ini melaporkan Anthony Loke mencadangkan Steven Sim sebagai pengerusi DAP Pulau Pinang yang baru, manakala Lim Hui Ying dikekalkan sebagai setiausaha DAP negeri.

Ia dikatakan sebagai usaha untuk mengekalkan kestabilan dalam parti itu.- 22/9/2024

Read more

khabar terbaru